Thursday, November 19, 2026
HomeBERITABERSATU pegang teguh prinsip persefahaman, kerjasama antara parti kerajaan PN

BERSATU pegang teguh prinsip persefahaman, kerjasama antara parti kerajaan PN

Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menzahirkan kekesalan dengan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan ketika sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Dato’ SeriĀ  Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan akhbar bertegas parti berkenaan berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun ini.

“Ianya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“BERSATU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat ADUN BERSATU, tiga ADUN PAS, satu ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang telah menyokong Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan BERSATU akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama PAS dan teman-teman parti anggota Perikatan Nasional yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments