Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,141 kes baru membabitkan 1,138 kes tempatan dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 70,236 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,144 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 59,061 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,799 orang manakala 129 pesakit berada di ICU dan 53 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, KKM memaklumkan tiada kematian direkodkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian kekal dengan 376 kes.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157547425486237/

Leave a Reply