Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,208 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,208 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

Kes baharu masih dengan empat angka apabila 1,208 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 1,202 kes tempatan 1,202 dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 1,013 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 34,785 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 12,323 orang manakalam104 pesakit berada di ICU dan 42 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 309 kes.

KKM dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar patuh kepada S.O.P sebagai normal baharu antaranya :

S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan

P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments