Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAInstitusi pendidikan di Selangor, KL, Putrajaya tutup hingga 9 November

Institusi pendidikan di Selangor, KL, Putrajaya tutup hingga 9 November

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga 9 November depan.

Pengumuman ini selaras dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan dilanjutkan.

Dalam satu kenyataan media, pihak KPM turut menyatakan pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.


* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayaposty

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments