Kluster Sivagangga yang melibatkan empat mukim di Kedah diarah laksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran bermula hari ini.
Pelaksanaan PKPD lebih kurang sebulan sehingga 30 Ogos ini akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk serta penutupan beberapa jalan utama berdekatan.
Bahkan aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat di kawasan masjid serta rumah ibadat lain di dalam kawasan tersebut turut ditutup.
Walau bagaimanapun, kerajaan bersetuju membenarkan hanya tiga orang jemaah sahaja dibenarkan untuk melaksanakan solat jemaah.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply