Pernahkah anda melihat terdapat tompokan pada kulit muka seperti mengikut salur darah?
Jika pernah perlu anda ketahui tompokan berkenaan dikenali sebagai Spider Nevi.
Spider Nevi merupakan gejala ruam kulit yang disebabkan oleh pengembangan beberapa salur darah di bawah kulit dan kluster salur darah ini kelihatan seperti sarang labah-labah yang dinamakan Spider Nevi.
Spider Angioma atau Spider Naevus (plural spider nevi) ini akan kelihatan seperti pembuluh darah yang bengkak di bawah permukaan kulit dan mengandungi titik merah pusat serta kemerahan yang memancar ke luar seperti jaring labah-labah.
Namun, jika anda mempunyai lebih dari tiga Spider Nevi ini, jangan ambil mudah kerana ianya berkemungkinan tidak normal dan mungkin merupakan tanda penyakit hati.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, Spider Nevi terjadi disebabkan pelbagai perkara antaranya :
i) kecederaan luaran,
ii) pendedahan cahaya matahari
iii) perubahan hormon
iv) penyakit hati
v) selalu terjadi pada warga emas, obesiti dan orang yang berdiri/duduk pada kedudukan yang lama.
Bila ditekan ruam terbabit, ianya akan hilang dan bila dilepaskan ruam merah ini muncul semula.
Spider nevi adalah gejala ruam kulit yang disebabkan oleh pengembangan beberapa salur darah di bawah kulit. Kluster…
Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 20 Juli 2020
Ini disebabkan salur darah disekat bila ditekan dan darah masuk semula bila dilepaskan.
Ianya boleh muncul di mana-mana permukaan badan tapi selalunya berada pada wajah malah ada juga yang mengalami kesakitan atau panas di tempat ruam berkenaan.
Jika ruam ini terdapat lebih dari satu dan anda bergejala lain seperti angin, perut membesar, keletihan, dan kekuningan mata/kulit, ini mungkin menunjukkan hati anda telah rosak.
Namun jika tiada gejala lain, ianya mungkin normal sahaja tetapi jika terdapat simptom-simptom di atas, segera berjumpa doktor ya.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply