Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMalaysia tidak beri kerakyatan dengan mudah

Malaysia tidak beri kerakyatan dengan mudah

Malaysia negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah dan sewenang-wenangnya.

Memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata kelahiran seseorang dalam negara tidak membuatkan seseorang individu memperolehi kewarganegaraan secara automatik.

Malahan kewarganegaraan seseorang individu itu boleh ditentukan melalui status perkahwinan serta taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.

Berhubung perkara ini, beliau menyeru individu serta ibu bapa yang belum ditentukan status kewarganegaraan perlu membuat permohonan kelulusan dengan mengemukakan dokumen yang sah kepada kerajaan.

Ini adalah negara berdaulat. It is not easy for anyone to have kewarganegaraan negara kita.YB Dato' Seri Hamzah bin…

Dikirim oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa, 14 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments