Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPunca dan cara tangani wajah berjerawat

Punca dan cara tangani wajah berjerawat

Mempunyai kulit wajah yang mulus tanpa sebarang jerawat atau bintik hitam pastinya menjadi idaman setiap wanita, tidak kurang juga kaum lelaki.

Anda mungkin menyangka wajah yang berjerawat perlu disental dan digosok dengan lebih kuat menggunakan sabun pencuci wajah bagi menghilangkan jerawat.

Namun hakikatnya, tidakkah perbuatan itu menyebabkan wajah anda semakin teruk!

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia menyatakan antara kesilapan yang kita lakukan dalam mencegah jerawat terus ‘membiak’.

Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah :

– Menyental muka dengan kuat semasa mencuci muka

– Keringkan muka dengan tuala yang tidak bersih

– Cuci muka terlalu kerap

– Tidak tukar sarung bantal

– Kerap sentuh muka

– Memicit dan memecahkan jerawat

– Guna sabun yang terlalu kuat

– Guna air panas untuk basuh muka

– Tidak gunakan pelembab

– Muka biar kering

– Menggunakan minyak, pomade, gel rambut

– Menutup jerawat dengan solekan tebal

Bagi mendapatkan kulit wajah yang bebas masalah, berikut tips yang boleh anda amalkan dengan konsisten. Ingat ya, yang penting KONSISTEN.

Anda mungkin sangka wajah yang berjerawat perlu disental dan digosok dengan lebih kuat menggunakan sabun pencuci…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 14 Juli 2020

i) Wajah perlu dicuci dua kali setiap hari, namun jangan terlalu kerap kerana terlalu kerap mencuci wajah juga menyebabkan iritasi pada kulit.

ii) Gunakan sabun pencuci yang tidak mempunyai pewangi, sebaiknya menggosok sabun di tapak tangan sehingga ada buih halus dan dengan lembut sapukan sabun berkenaan ke kewajah.

iii) Pernahkah anda lihat iklan di televisyen memaparkan cara membersihkan muka? Namun anda tidak perlu menggosok dan menyental wajah seperti dalam iklan berkenaan, hanya gosok dengan lembut kemudian selepas beberapa saat, bilas dengan air suam.

iii) Kemudian keringkan wajah dengan menggunakan tuala bersih, jangan campur penggunaan tuala muka dengan tuala mandi pula ya.

Hanya tekapkan tuala ke wajah, dap-dap kan sahaja tuala dan jangan gosok kerana ianya boleh merosakkan melanin kulit wajah.

iv) Jika ada jerawat, segera sapu produk farmasi yang ada kandungan benzoyl peroxide, salicylic acid dan glycolic acid.

v) Sapu pelembab yang tidak mempunyai pewangi dan mempunyai label “noncomedogenic”.

Wajah adalah bahagian kulit yang sangat sensitif maka adalah sangat penting untuk anda jaga dengan sangat lembut dan jauhi sebarang bentuk iritasi.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments