Thursday, November 19, 2026
HomeBERITARakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air perlu jalani ujian saringan...

Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air perlu jalani ujian saringan tiga hari sebelum tarikh penerbangan

Mulai hari ini rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air perlu menunjukkan surat kesihatan kepada syarikat penerbangan sebagai bukti mereka berstatus negatif COVID-19 sebelum dibenarkan memasuki pesawat.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengambil kira mengenai isu ini, kerajaan memutuskan setiap rakyat yang pulang dari luar negara perlu menjalani ujian kesihatan tiga hari sebelum tarikh berlepas pulang.

“Jika dahulu kita membenarkan mereka hanya disaring sewaktu tiba di lapangan terbang ataupun di mana-mana pintu masuk ke Malaysia.

“Tetapi bagi mengelakkan kesulitan berlaku kita menyarankan mereka yang ingin pulang melalui penerbangan perlu membuat saringan terlebih dahulu.

“Langkah ini dibuat bagi mengelakkan rakyat menghadapi kesulitan sewaktu proses pergerakan pulang,” ujar beliau.

PKPP : RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN PULANG DARI LUAR NEGARA PERLU MENJALANI UJIAN SARINGAN COVID19, 3 HARI SEBELUM TARIKH…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 14 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments