Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKluster Novgorod libatkan warga Malaysia yang pulang dari Rusia

Kluster Novgorod libatkan warga Malaysia yang pulang dari Rusia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kluster baharu telah dikesan di Melaka.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua bagi kluster ini.

Kes pertama kluster ini melibatkan seorang warga tempatan (iaitu kes ke-8673) yang telah pulang ke Malaysia dari Rusia pada 5 Julai dan hasil dari keputusan saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa didapati positif dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Manakala kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8718 merupakan rakan kepada kes ke-8673 dan mereka telah menaiki pesawat yang sama, juga pada 5 Julai dan hasil keputusan saringan COVID-19 bagi kes ke-8718 di pintu masuk antarabangsa didapati negatif, namun beliau mula mengalami gejala demam dan gejala saluran pernafasan pada 7 Julai.

Setelah ujian saringan ulangan dilakukan, didapati individu berkenaan positif COVID-19.

Sehingga 13 Julai, terdapat tiga kes positif dan 14 kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini dan kesemuanya telah disaring dan dikesan negatif COVID-19.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif diteruskan.

Bagi kes jangkitan ketiga melibatkan ahli keluarga daripada kes yang mendapat jangkitan dari luar negara (iaitu kes ke-8718).

Ketibaan mangsa (kes-8718) di Malaysia pada 6 Julai telah disambut oleh ahli keluarga seramai empat orang ahli keluarga dengan menaiki kereta sendiri untuk menjemput mangsa di pintu masuk antarabangsa.

Hasil siasatan mendapati bapa kepada kes terbabit (iaitu kes ke8724) turut dikesan positif COVID-19 selepas beliau mula mengalami gejala demam.

Ini menjadikan mangsa kes ketiga Kluster PUI Novgorod.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157218233761237&id=373560576236&sfnsn=mo

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments