Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKelas KAFA dibuka semula Ogos

Kelas KAFA dibuka semula Ogos

Pembukaan semula kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan mula dilaksanakan pada Ogos depan di seluruh Malaysia.

Selaras persetujuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pembukaan semula KAFA di seluruh negara adalah pada 2 Ogos (Ahad) bagi negeri Kumpuan A dan 3 Ogos (Isnin) bagi negeri Kumpulan B.

Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan berkata bagi negeri yang bercuti pada 2 Ogos boleh memulakan kelas KAFA pada keesokan harinya, 3 Ogos.

“Saya berharap pengurusan pembukaan semula KAFA dapat berjalan dengan baik.

“Pihak pentadbir premis KAFA hendaklah memastikan garis panduan pengurusan pembukaan semula KAFA dipatuhi semua pihak.

“Dengan persedian yang rapi oleh semua pihak diharap pembukaan semula kelas ini dapat berjalan dengan lancar dan anak-anak kita dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat,” kata beliau.

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JPM (HAL EHWAL AGAMA)PEMBUKAAN SEMULA KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) SELURUH MALAYSIA*Bagi negeri yang bercuti pada 2 Ogos boleh memulakan kelas KAFA pada 3 Ogos 2020.

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Minggu, 12 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments