Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya berusia lapan tahun disahkan positif COVID-19 hari ini.
Berita berkenaan disampaikan oleh Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope dalam cipaan menerusi Twitternya.
Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif hanya sehari selepas bapa mertuanya, megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suami Aishwarya, aktor Abhishek Bachchan, 44, dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas keduanya disahkan positif virus terbabit.
Menerusi laporan Reuters, setakat ini belum ada sebarang maklumat yang menyatakan mereka dimasukkan di hospital atau sebaliknya.
Terdahulu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil.
Dalam pada itu, Amitabh dalam ciapannya di Twitter pada Sabtu lalu meminta agar mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya tampil membuat ujian saringan.
Terkini, dilaman media sosial Amitabh dan Abhishek dibanjiri dengan ucapan oleh selebriti dan ahli politik India agar mereka sekeluarga cepat sembuh.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Aishwarya Rai Bachchan and her daughter have also tested COVID positive.
Aishwarya Rai Bachchan and her daughter have also tested COVID positive.Details by TIMES NOW's Kajal & Aruneel.
Posted by TIMES NOW on Sunday, 12 July 2020

Leave a Reply