Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAgensi kerajaan, NGO, koperasi Kedah perlu berperanan sokong usaha SEPADU

Agensi kerajaan, NGO, koperasi Kedah perlu berperanan sokong usaha SEPADU

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Tugas-Tugas Khas), Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof menekankan peranan yang kritikal yang dimainkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan PENERAJU).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Sesi Libat Urus Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), TERAJU dan Yayasan PENERAJU dengan Pihak Berkepentingan-Sesi bersama Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dan Koperasi Negeri Kedah.

Menurutnya, agensi kerajaan, NGO dan koperasi khususnya di negeri Kedah dan juga di seluruh negara Malaysia juga harus memainkan peranan dalam menyokong usaha SEPADU untuk memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat dicapai.

Untuk rekod, TERAJU merupakan Unit Peneraju Agenda Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3096177193809767&id=463149510445895

Ianya adalah salah satu unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Kini, TERAJU merupakan agensi yang dipacu berdasarkan lima teras di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0) iaitu, memperkukuhkan modal insan menggalakkan pekerjaan dan pendapatan bernilai tinggi, meningkatkan saham Bumiputera dan nilai ekuiti korporat, memperkukuh keusahawanan, serta meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments