Mesyuarat Khas Jemaah Menteri-Menteri hari ini bersetuju membenarkan kemasukan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke kampus sepenuhnya pada Oktober 2020.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan yang diperlukan bermula dari sekarang.
Pihak kementerian juga berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kemasukan empat kategori pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke kampus secara berperingkat mengikut kumpulan dalam bulan ini.
Beliau berkata kumpulan ini merupakan kumpulan tambahan kepada lima kategori penuntut yang telah diberi kebenaran sebelum ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2982337171865262&id=220184671413873
Antara keempat-empat kategori penuntut yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
i) Pelajar tempatan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sebanyak tiga puluh peratus (30%) seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.
ii) Penuntut Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan Badan Profesional.
iii) Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
iv) Pelajar antarabangsa dari kedua-dua Universiti Awam dan IPTS termasuklah pelajar baharu.
Tambah beliau lagi, pihak IPT diberikan fleksibiliti dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan PdP secara dalam talian kepada para penuntut yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply