Lima kes pulih direkodkan hari ini (8 Julai), menjadikan jumlah kes discaj sebanyak 8,486 kes.
Manakala tiga kes positif baharu COVID-19 melibatkan kes import warga tempatan yang pulang dari Mexico, Sudan dan Arab Saudi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini.
“Sebanyak dua kes dirawat di ICU dan satu kes masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Secara keseluruhan jumlah kes aktif yang terkumpul adalah seramai 70 pesakit,” kata beliau dalam sidanga media petang ini.
Tahniah kepada barisan hadapan kesihatan dan pihak yang bekerjasama mengekang penularan COVID-19 di Malaysia.
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟎𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟎Sebanyak 5 kes telah sembuh & discaj hari ini, menjadikan jumlah kes discaj…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 8 July 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply