Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALagu Standing In The Eyes Of The World terpilih sebagai lagu khas...

Lagu Standing In The Eyes Of The World terpilih sebagai lagu khas sambutan kemerdekaan AS

4 Julai lalu merupakan hari sambutan Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).

Apa yang menarik perhatian apabila lagu lagenda ‘Standing In The Eyes Of The World’ nyanyian ratu rock Malaysia, Ella telah dipilih menjadi lagu khas untuk sambutan kemerdekaan negara AS.

Bereaksi dengan perkembangan ini, penyanyi yang kini menginjak usia 53 tahun ternyata teruja dan berbangga dengan permintaan kedutaan AS yang ingin memberikan nafas baru terhadap lagu nyanyiannya.

“Mereka menghubungi saya sekitar sebulan yang lalu dan kami terus berbincang untuk projek ini.

“Sebagai warga Malaysia, saya sentiasa berbangga dan senang hati setiap kali membawakan lagu ini dimana sahaja.

“Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu ‘Standing In the Eyes Of The World’ untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka,” kata Ella.

Terbukti, muzik secara ilmiah dan menerapkan nilai positif mampu menyatukan masyarakat di seluruh dunia.

Komposer terkenal Helen Yap menggalas tanggungjawab mengolah kembali susunan terbaru lagu berkenaan dan dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat dan Ella sendiri.

Dalam pada itu, Ella merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak yang telah memilih lagu terbabit sebagai lagu khas untuk sambutan kemerdekaan negara Uncle Sam itu..

Lagu terbabit kini telah dikeluarkan secara rasmi di platform YouTube U.S. Embassy Kuala Lumpur.

Tahniah Ella!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments