Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPengambilan pekerja baharu PenjanaKerjaya dibuka

Pengambilan pekerja baharu PenjanaKerjaya dibuka

Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan pendaftaran insentif pengambilan bagi pekerja baharu telah dibuka.

Program pengambilan pekerja di bawah Program PenjanaKerjaya ini akan menawarkan insentif kewangan kepada majikan di antara RM600, RM800 dan RM1,000 bagi seorang pekerja atau perantis yang diambil berkerja sehingga tempoh enam bulan.

Majikan juga akan memperoleh manfaat pekerja mahir jika pengambilan dilakukan dibawah program PenjanaKerjaya kerana pekerja-pekerja akan dihantar mengikuti kursus kemahiran dan peningkatan kemahiran.

Selain itu, bagi pencari kerja yang perlu berpindah untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah PenjanaKerjaya turut diberikan Bantuan Mobiliti antara RM600 hingga RM1,000.

Jom mohon! Permohonan untuk insentif pengambilan pekerja baharu atau PenjanaKerjaya kini dibuka.Majikan yang layak…

Posted by Kementerian Sumber Manusia on Wednesday, 1 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments