Sudah menjadi lumrah masyarakat zaman sekarang berkongsi foto dan pendapat mengenai apa sahaja topik di laman media sosial masing-masing.
Ada yang suka nak berkongsi pengalaman, berita serta perkembangan terkini, ada pula kelihatannya seperti riak nak menunjuk-nunjuk kemewahan.
Menerusi perkongsian di platform media sosial Facebook @MASAK APA TAK JADI HARI INI, seorang wanita bertanya keperluan menggoreng kacang, tapi yang menjadi perhatian adalah gelang di tangan!
Amboii! Bersusun gelang sampai ke siku ye cik kak.
Kalau begitu gayanya, tertanya-tanya jugalah niat sebenar, nak tanya tentang masakan ke, nak berdandan dan menunjuk gelang besar tu?
Atau sengaja nak mengisi masa netizen yang sedang kebosanan memberi komen.
Memang mengundang komen nakal dan kena ‘bahan’ netizenlah jawabnya!
Netizen kita ini memang tangkas dan cekap membuat ulasan ????
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
https://www.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1035283856929487/


Leave a Reply