Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASistem imuniti bekas pesakit COVID-19 menjadi rendah

Sistem imuniti bekas pesakit COVID-19 menjadi rendah

Tahukah anda, ketahanan imuniti badan seseorang akan menjadi rendah selepas dijangkiti koronavirus (COVID-19) walaupun telah pulih sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak kesihatan itu berkata keadaan itu berlaku akibat kekurangan antibodi yang dikenali sebagai IgM (immunoglobulin M) dan IgG (immunoglobulin G) selepas individu dijangkiti wabak berkenaan.

Apabila imuniti rendah, maka mudah untuk mendapat jangkitan kuman lain selain penyakit COVID-19.

Rawatan susulan terhadap bekas pesakit diberikan bagi memantau kesihatan mereka terutamanya bagi pesakit COVID-19 dalam kategori empat dan lima.

Kes kategori empat dan lima melibatkan radang paru-paru yang memerlukan oksigen dan bantuan pernafasan.

Apabila pesakit memerlukan bantuan pernafasan, bererti berlaku banyak inflamasi radang dalam paru-paru yang berkemungkinan menyebabkan ia akan rosak dan sebagainya.

Selain dari berisiko mengalami masalah jantung dan strok, risiko terjadinya pembekuan darah adalah tinggi pada usus dan buah pinggang.

Justeru, KKM memberikan rawatan antiradang dengan beberapa ubat pada awal peringkat empat untuk mengelakkan pembekuan darah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Sistem imuniti bekas pesakit COVID-19 menjadi rendahKetahanan imuniti badan seseorang individu akan menjadi rendah…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 25 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments