Baru-baru ini peminat dunia perfileman Bollywood dikejutkan dengan kematian pelakon berbakat besar, Sushant Singh Rajput, 35.
Sehingga hari ini, berita kematian mengejut mengenai pelakon yang melonjak naik menerusi filem ‘M.S Dhoni Untold Story’ ini masih terus membanjiri laman media sosial di India khususnya.
Rata-rata para peminat masih terkejut dan tidak dapat menerima berita pemergian aktor kesayangan ramai ini.
Menurut laporan postmortem dan hasil siasatan polis, punca kematian aktor ini dikaitkan dengan kes bunuh diri.
Namun isu ini kini hangat dibahaskan di kalangan masyarakat yang mahukan siasatan dari pihak berkuasa luar yang menyeluruh dan telus dijalankan demi mendapatkan keadilan.
Bertitik tolak dari kejadian sedih ini, seorang pengarah filem India, Nikhil Anand merancang untuk menterjemahkan kisah hidup Sushant di layar perak.
Filem itu kini dalam perancangan pembikinan dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2022.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, filem yang masih belum diberi tajuk ini antara lain menekankan kekuatan ‘nepotism’ berbanding bakat pelakon yang bukan berasal dari keturunan anak seni yang dikatakan dipelopori mereka dalam dunia perfileman Bollywood.
Tidak pasti adakah ‘nepotism’, penyakit kemurungan, masalah kewangan dan komplot pembunuhan terancang yang diperkatakan berkait dengan kematian Sushant, namun yang pasti Bollywood kehilangan seorang bintang yang berbakat besar.
Semoga keluarga dan peminat mendiang Sushant Singh tabah menghadapi dugaan ini dan terus mengingatinya sebagai seorang pelakon yang berbakat dan berjiwa besar.
“Wake up call for Bollywood”
#sushantSinghRajput
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply