Masyarakat Malaysia diseru agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ini berikutan pengesahan Korea Selatan sedang menghadapi gelombang kedua COVID-19.
Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman media sosial Facebooknya menasihati orang ramai agar terus mengamalkan penjarakan sosial kerana dengan cara ini boleh memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Terus pastikan jarak satu meter di antara individu lain ketika berada di luar.
Kerap basuh tangan menggunakan air dengan sabun atau sanitiser tangan.
Jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting di luar, anda digalakkan untuk terus berada dirumah.
Sila ambil perhatian bahawa golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak perlulah dilindungi.
Oleh kerana itu, elak membawa golongan ini ke tempat sesak dan berisiko dijangkiti wabak pandemik ini.
Sebagai panduan, orang ramai juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Mysejahtera yang antara lainnya berfungsi mengesan kes terbaharu di sekitar tempat tinggal anda.
Ingatlah, mencegah lebih baik dari mengubati.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
KKM sentiasa menasihati orang ramai untuk mengamalkan penjarakan sosial kerana ia boleh memutuskan rantaian jangkitan…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 22 June 2020

Leave a Reply