Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di kolam renang awam, hotel, kondominium, gated community serta kolam renang persendirian bermula 1 Julai.
Selain dari kolam renang, aktiviti pelancongan air seperti sungai, laut dan tasik juga dibenarkan dengan syarat mematuhi SOP.
Bagaimanapun, kebenaran ini masih dilarang bagi operasi di Taman Tema Air.
“Pra syarat untuk setiap lokasi kolam renang mestilah menyedialan ‘life guard’ bagi memastikan keselamatan pengguna serta jumlah dan masa penggunaan terkawal.
“Jumlah pengguna dalam kolam renang perlu berdasarkan kapasiti dan keluasan kolam renang.
“Walaupun tiada larangan bagi kanak-kanak untuk menggunakan kolam renang kanak-kanak namun ianya tidak digalakkan,” kata Dato’ Seri Ismai Sabri dalam sidang media harian PKPP hari ini.
PKPP : KERAJAAN BENAR AKTIVITI RIADAH KOLAM RENANG MULAI 1 JULAI IKUT SOP#KitaMestiMenang#COVID19malaysia…
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 22 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply