Selaku Menteri Kanan Pertahanan, sudah menjadi sebahagian dari tugas untuk terus menjaga kebajikan para tentera baik yang masih berkhidmat atau pun yang sudah bersara.
Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau meluangkan masa berkunjung ke rumah seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Hassim Ahmad di Butterworth, Pulau Pinang.
Menurut beliau, pihak berkuasa akan terus memastikan kebajikan para pesara tentera terbela.
Saya berkunjung ke teratak seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), En Hassim Ahmad di Butterworth….
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, 20 June 2020
“InsyaAllah, semoga Allah sentiasa merahmati En Hassim sekeluarga dan terima kasih jua kerana menerima kunjungan saya,” ujar beliau.
Di samping itu, beliau turut meminta agar seluruh ahli atau para veteran tentera yang tidak berpencen supaya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Ianya merupakan salah satu inisiatif untuk para pesara ini terus mendapat manfaat yang disalurkan oleh Kementerian Pertahanan.
Menurutnya, beliau tidak mahu walau seorang pun anggota pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlepas dari perhatian dan bantuan kerajaan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply