Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASPRM lancar bilik gerakan PRK Dun Chini

SPRM lancar bilik gerakan PRK Dun Chini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancar bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini.

Bilik gerakan ini ditempatkan di dua lokasi berbeza bertujuan membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK.

Menurut kenyataan media SPRM, bilik gerakan di Kompleks SPRM Pahang akan beroperasi pada waktu pejabat sahaja, manakala lokasi di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Chini Satu dibuka 24 jam setiap hari.

“Selain itu, sebarang aduan serta salah guna kuasa juga boleh dibuat menerusi talian Hotline PRK Chini 013-5485988/09-5716000 atau e-mel kepada prkchini@sprm.gov.my.

“Diingatkan kepada calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” ujar kenyataan terbabit.

*KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM**SPRM LANCAR BILIK GERAKAN PRK N23 DUN CHINI*SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia…

Posted by SPRM on Friday, 19 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments