Memetik ucapan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini berkata ahli mesyuarat jemaah menteri telah bersetuju dengan pembentangan berkenaan kemasukan rakyat asing ke Malaysia.
Menurut beliau, bagi ekspatriat Kategori EP1 iaitu Professional Visit Pass dan Residen Pass Talent yang melibatkan pengurusan tertinggi seperti Pengarah Urusan Syarikat, mereka dibenarkan untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terlebih dahulu
“Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang memperhalusi senarai negara Zon Hijau, yang mana individu yang bertolak dari negara di senarai Zon Hijau tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari namun mereka perlu memuat turun dan menggunakan Aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan.
“Manakala bagi mereka yang berada di negara bukan Zon Hijau, mereka perlu menjalani home quarantine 14 hari,” ujar beliau.
Bagi ekspatriat Kategori EP2 dan EP3 pula, Jabatan Imigresen Malaysia sedang membuat pertimbangan bagi proses kemasukan semula ke Malaysia.
Manakala bagi pakar teknikal asing yang diperlukan untuk kerja-kerja membaiki mesin, kapal dan lain-lain pula, mereka perlu memohon Professional Visit Pass melalui Expatriate Services Division (ESD) Online terlebih dahulu.
Mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal ataupun di pintu masuk negara dan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan namun buat mereka yang datang dari Zon Hijau, mereka tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari.
“Kerajaan bersetuju untuk beri kebenaran masuk warga Singapura (yang menetap di Singapura sahaja) dan warga Brunei (yang menetap di Brunei sahaja) untuk masuk di pintu sempadan negara tanpa perlu membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tidak perlu menjalani saringan COVID-19 serta home quarantine.
“Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada kelonggaran sama diberikan kepada rakyat Malaysia oleh Kerajaan Singapura dan Brunei (dasar timbal balik) serta perbincangan lanjut Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) bersama rakan sejawatnya,” ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, bagi pelawat asing yang tiba bagi tujuan medical tourism, mereka perlu melalui KKM dan mendaftar dengan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) serta menjalani saringan COVID-19 di negara asal atau setibanya di Malaysia.
“Disini mereka tidak perlu dikuarantin wajib tetapi perlu dibawa terus ke hospital, malah mereka juga dibenarkan untuk membawa seorang penjaga bersama dan perlu memuat turun aplikasi MySejahtera,” katanya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara tidak perlu lagi mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia namun mereka hanya perlu mengemukakan bukti pendaftaran pengajian di kaunter imigresen di lapangan terbang sahaja.
Manakala bagi rakyat Malaysia yang mempunyai keperluan untuk ke luar negara atas urusan kecemasan atau perniagaan, mereka perlu mengemukakan bukti dokumentasi kepada pegawai imigresen di lapangan terbang.
Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (19 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
– 69,119 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPP manakala pada 17 Jun 2020 sebanyak 72,333 pemeriksaan telah dilaksanakan
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) June 19, 2020
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply