Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada hari ini (17 Jun) menunjukkan jumlah kes baharu positif pada hari ini adalah seramai 10 orang.
Tujuh kes melibatkan kes tempatan manakala tiga kes lagi terdiri daripada individu bukan warganegara.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8, 515 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 140 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 7,873 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 521 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 4 orang dan dimaklumkan tiada individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sukacita dimaklumkan tiada penambahan kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal kepada 121 kes.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 17 June 2020
Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply