Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJHEAT selaraskan tatacara akad nikah dalam tempoh PKPP

JHEAT selaraskan tatacara akad nikah dalam tempoh PKPP

Tatacara pelaksanaan majlis akad nikah di Terengganu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dikeluarkan.

Menurut kenyataan dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, merujuk kepada situasi semasa berkaitan dengan pelanjutan tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan ancaman wabak Covid-19, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memutuskan menetapkan arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis akad nikah di negeri Terengganu berkuatkuasa serta merta dari tarikh arahan dikeluarkan.

Menurut mereka, majlis akad nikah boleh dilaksanakan di Ibu Pejabat JHEAT atau Pejabat Agama Daerah (PAD) dan premis persendirian bagi tujuan keselamatan, pematuhan tatacara serta kemudahan pemantauan dengan syarat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Majlis yang dilangsungkan di premis persendirian hendaklah mendapat sokongan daripada Pendaftar,Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan kelulusan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Negeri Terengganu dengan mengisi Borang Permohonan Untuk Mengadakan Majlis Akad Nikah Di Premis Persendirian.

“Bagi pemohon yang melangsungkan akad nikah di ibu Pejabat JHEAT, Pejabat Agama Daerah (PAD), Al-Fadhil Pegawal Agama Daerah akan menyusun jadual dan waktu pelaksanaan majlis akad nikah dengan mengambil kira perbincangan bersama pihak pemohon,” ujarnya..

Namun jumlah kehadiran orang ke majlis masih lagi di minimumkan (tidak melebihi 20 orang dewasa) dan keutamaan kepada yang berkeperluan untuk hadir seperti:

i. Seorang jurunikah
ii. Pengantin lelaki
iii. Pengantin perempuan
iv. Seorang Wali
v. Dua orang saksi bagi pengantin lelaki
vi. Dua orang saksi bagi pengantin perempuan

Walaubagaimanapun, bagi individu yang bergejala seperti demam, selsema, batuk dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir di dalam majlis tersebut.

Tempoh masa pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah berlangsung tidak melebihi antara 20 minit hingga 30 minit sahaja.

Turut diingatkan agar setiap individu menggunakan sabun atau hand sanitizer (penyahkuman) sebelum dan selepas majlis akad nikah dan memakai topeng muka (jika perlu) sepanjang majlis berlangsung.

Semua yang hadir pada majlis akad nikah berkenaan hendaklah mendaftarkan nama, nombor telefon dan tanda tangan di dalam Borang Maklumat Kehadiran Majlis Akad Nikah Di Premis Persendirian yang disediakan kemudian diserahkan kepada PAD

Kenduri-kendara yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak disuatu tempat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan segala peraturan yang lain adalah tertakluk kepada garis panduan dan peraturan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) dari semasa ke semasa.

Jika mana-mana pihak yang tidak mematuhi tatacara ini, PAD atau wakilnya dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Orang Islam Negeri Terengganu, boleh membatalkan majlis tersebut.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments