Meskipun pihak berkuasa kerajaan telah menetapkan waktu baharu premis perniagaan boleh beroperasi adalah sehingga jam 12.00 tengah malam.
Berbeza di Kelantan, pihak berkuasa di negeri berkenaan masih mengambil sikap berjaga-jaga dan membenarkan premis perniagaan beroperasi sehingga jam 10.30 malam sahaja.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1636168046547741&id=914182135413006
Menurut Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan Kota Bahru melalui perkongsian Facebook Info Bersama di Kelantan, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (UKKN) Khas Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 15 Jun lalu, yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan telah bersetuju membenarkan perlanjutan sedikit masa operasi perniagaan.
Waktu operasi perniagaan adalah seperti berikut :
Waktu Operasi Asal : 7.00 pagi sehingga 10.00 malam
Waktu Operasi Yang Dilanjutkan : 7.00 pagi sehingga 10.30 malam
Masa untuk beroperasi ini termaktub kepada peniaga yang berkenaan :
1) Restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung), kiosk.
2) Food truck penjaja beredar, penjaja sementara tepi jalan
Manakala waktu operasi baharu untuk peniaga di pasar basah sepertimana tertulis dibawah juga terdapat sedikit perlanjutan masa untuk beroperasi.
1) Pasar awam berbumbung, pasar borong semua jenis perniagaan
2) Pasar segar terkawal (PST)
Waktu Operasi Asal : 7.00 pagi sehingga 4.00 petang
Waktu Operasi Yang Dilanjutkan : 7.00 pagi sehingga 5.00 petang
Meskipun terdapat sedikit perlanjutan masa untuk beroperasi, namun Standard Operation Procedures (SOP) yang telah digariskan oleh pihak kerajaan persekutuan masih lagi digunapakai.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply