Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAWarganet mengeluh harga durian cekik darah

Warganet mengeluh harga durian cekik darah

Musim durian adalah waktu yang di tunggu-tunggu oleh peminat raja buah ini.

Menerusi platform laman media sosial, nampaknya warganet saling berkongsi pengalaman menikmati durian dari pelbagai gred dan nama gelaran.

Ada yang membelinya di pasaraya, ada juga yang mendapatkannya di gerai jualan yang dibuka di tepi jalan.

Tidak kurang juga yang terus ke dusun untuk mendapatkan buah durian yang ‘fresh’.

Namun, sedang enak menikmati buah kesukaan ramai ini, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga jualan di pasaran.

Cekik darah, harga yahudi dan macam-macam lagi perasan diluahkan mereka.

Maklumlah, jika yang nak makan tidak ramai, bolehlah beli sebiji dua sahaja. Bayangkan jika anak lima, takkanlah nak beli sedikit pula?

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, kelihatan warganet meluahkan perasaan tidak puas hati dengan menunjukkan aktiviti sedang mengopek kulit durian dengan menggunakan pisau.

Apa yang lucunya, durian itu hanya berupa gambar saja dan bukan durian sebenar.

Ini jelas menunjukkan tidak semua mampu membeli buah durian ini walau kepingin untuk menikmatinya.

Hmmm… Kesian 😞

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Ramai mengeluh harga yahudi bagai.Maka sebat tu jala.

Posted by Kery Ghani on Monday, 15 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments