“Anak saya mintak kek durian, tapi saya buat tak jadi ???? ..
“Nasib baik ade pakcik tepi jalan tolong ajar buat. Dia kata ambik bende ni pastu pacak lilin. Alhamdulillah selesai”
Menerusi perkongsian seorang ibu di laman media sosial Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari ini, wanita berkenaan menceritakan keinginan anaknya memotong kek durian sempena sambutan hari kelahirannya.
Cuba memenuhi permintaan anaknya, si ibu berusaha menyiapkan kek sepertimana yang diingini oleh anaknya, namun tidak menjadi.
Nasibnya baik apabila diberi idea tema durian dengan mencucuk lilin ke atas durian ‘fresh’ yang baru dikopek.
Kasih ibu, walaupun kek yang diminta oleh anaknya tidak menjadi, namun tetap berusaha memenuhi keinginan anak-anak.
Semoga si anak bergembira menyambut ulang tahun di samping keluarga tersayang. Dah besar nanti jangan lupa sambut ulang tahun ibu dan ayah ya! ????
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
https://www.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1026069424517597/


Leave a Reply