Saturday, November 21, 2026
HomeBERITARakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dibenarkan berulang alik atas urusan kerja

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dibenarkan berulang alik atas urusan kerja

Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk berulang alik atas urusan kerja.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi sektor ekonomi di Singapura telah dibuka, kerajaan memutuskan untuk memberi kebenaran rakyat yang tinggal di Johor untuk berulang alik ke Singapura atas urusan kerja.

Beliau juga mengatakan kerajaan bersedia untuk menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua rakyat yang bekerja di sana jika diperlukan kerajaan Singapura.

Dalam pada itu, beliau mewakili kerajaan turut berterima kasib kepada Yayasan Sultan Ibrahim serta dua syarikat swasta iaitu Kumpulan Temasik dan Thompson Medical Group atas tawaran sumbangan dua makmal ujian saringan COVID-19 bergerak dan kit ujian COVID-19.

Walau bagaimanapun, jelas beliau pelaksanaan kebenaran ini masih dalam perbincangan antara Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) bersama rakan sejawat di Singapura.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Sunday, 7 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments