Kerajaan bersetuju membenarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menggerakkan rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Zon Hijau bermula 20 Jun 2020.
Kebenaran ini akan melibatkan 1,079 SRS di seluruh negara.
Menurutnya lagi, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan berbincang dengan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras aktiviti rondaan.
KPN turut merancang untuk menyediakan peralatan seperti topeng muka, ‘vest’ dan lampu picit dalam usaha memenuhi keperluan anggota rondaan SRS.
Antara syarat yang perlu diikuti adalah setiap pasukan rondaan SRS tidak boleh melebihi lima orang ahli, selain diwajibkan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri dijalankan.
Sekiranya tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan, Kementerian Perpaduan Negara akan menarik balik kebenaran rondaan dengan serta merta.
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (7 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
– 72,889 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) June 7, 2020
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply