Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 163 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 156 penguatkuasa kelmarin.
Hasil pemeriksaan CIDB juga mendapati 83 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan manakala 16 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran dan terdapat 81 tapak binaan lagi tidak beroperasi.
Jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB sehingga hari ini adalah 6,913 tapak binaan.
Daripada jumlah itu, 1,395 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 311 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply