Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 Jun 2020) sebentar tadi berkongsi perkembangan terkini proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Menurut beliau, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini, semua PATI di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) telah melalui proses saringan COVID-19 sepenuhnya.
PATI yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, untuk mendapatkan rawatan dan sehingga semalam, 675 PATI sedang menerima rawatan manakala sebanyak 120 PATI telah discaj seterusnya akan dihantar pulang ke negara masing-masing
“Hari ini, fasa pertama penghantaran pulang PATI akan bermula, dan ianya melibatkan 2,189 warga Indonesia yang berada di depot-depot Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 672 PATI di depo-depot Imigresen di Sabah.
“Kumpulan pertama melibatkan 450 PATI akan dihantar pulang dengan tiga penerbangan ke Jakarta, Medan dan Surabaya pada hari ini.
“Kemudiannya akan diikuti pada 10 Jun dengan penghantaran pulang 445 PATI ke Jakarta, Medan dan Surabaya,” ujar beliau.
Bagi proses penghantaran pulang juga akan menggunakan jalan laut dan 1,294 PATI telah dijadualkan berlepas ke Medan pada 22 Jun.
Manakala fasa kedua pula akan melibatkan 2,623 PATI yang akan dihantar pulang dalam masa dua bulan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply