Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan kira-kira 77,111 pemeriksaan telah dilaksanakan kelmarin bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB.
Menurut rekod, sebanyak 3,564 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan seramai 17,549 anggota.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan 133 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan telah memeriksa sebanyak 293,181 kenderaan.
Hasil daripada pemeriksaan, sebanyak 32 kenderaan telah diarah berpatah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.
Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Selangor (17), Pahang (6) Negeri Sembilan dan Melaka (4).
Dalam pada itu, PDRM turut menahan dan mereman 21 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB.
PDRM turut mengeluarkan kompaun terhadap 277 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.
Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
– 77,111 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) June 6, 2020

Leave a Reply