Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan 75,186 Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebanyak 3,995 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan pemeriksaan semalam (4 Jun 2020), bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan dimana ianya melibatkan seramai 20,937 anggota.
PDRM telah mengenakan 133 Sekatan Jalan Raya (SJR) rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 277,002 kenderaan berbanding
290,432 kenderaan hari sebelumnya.
Sehubungan itu, 37 buah kenderaan diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.
Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Melaka (16), Negeri Sembilan (9) dan Pahang (8).
Dalam perkembangan lain, PDRM telah menahan 67 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB.
Daripada jumlah itu, seramai 66 individu direman manakala seorang lagi individu dijamin polis.
PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 144 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.
Walaubagaimanapun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.
Justeru, semua pihak diingatkan supaya terus mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
PKPB : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN 5 JUN…
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Friday, 5 June 2020

Leave a Reply