Setelah menanti lebih kurang 35 tahun untuk berniaga secara sah kini pengusaha kuih muih, nasi dagang dan nasi kerabu mampu menarik nafas lega apabila memperolehi lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dinantikan selama ini.
Minah Awang atau lebih dikenali sebagai Che Nah yang berniaga di Jalan Medan Setia Bukit Damansara menerima Lesen Penjaja Beredar yang diserahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pagi tadi.

Ketika majlis penyerahan, Tan Sri Annuar Musa turut menitipkan pesanan buat Che Nah agar jangan menggunakan ‘lesen’ yang diberikan ini untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
“Sudah dapat lesen ertinya Che Nah sudah buat akujanji untuk mencari makan dan rezeki dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” ujar beliau.
Suasanan gembira ketika penyerahan lesen itu bertukar menjadi sayu apabila Che Nah melakukan sujud syukur.

“Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah,” ulang Che Nah dengan deraian airmata.
Tan Sri Annuar turut berkata semoga kecekalan dan ketabahan Che Nah dapat memberi dorongan buat peniaga yang lain untuk terus rajin berniaga.
“Che Nah adalah sebagai satu simbolik sahaja yang kebetulan saya terjumpa tapi tak boleh la pula dia seorang sahaja yang ada keistimewaan, kita tahu selepas COVID-19 ini ramai orang yang kehilangan kerja, sebelum daripada ini pun kehidupan di Kuala Lumpur amat mencabar dan semua orang mahu menambah pendapatan keluarga masing-masing. yang saya risau adalah yang tak mahu bekerja.
” Kalau warga kita yang ingin bekerja secara halal, betul dan mematuhi peraturan, saya amat galakkan. Apalagi yang menceburi dalam bidang perniagaan, mungkin secara kecil-kecilan dahulu tidak mengapa cuma kena bekerjasama dengan majlis bandaraya, tempat yang sesuai, tidak menghalang keperluan atau jalan orang ramai, jaga kebersihan, jangan tinggalkan sampah.
“Kalau itu semua boleh dipatuhi, saya mahu pihak bandaraya memberikan galakan malah saya menekankan, apa berlaku bukan Che Nah seorang yang terima kalau tidak apa yang istimewanya sampai menteri turun beri lesen, orang lain macam mana,” tambahnya.
Tambah beliau lagi, biarlah Che Nah menjadi contoh buat orang ramai di luar sana yang hidup susah, suami meninggal dunia tetapi sanggup berusaha mencari rezeki.
“Jadi apa yang dilakukan oleh Che Nah akan dicontohi oleh orang lain, dipandang sebagai perkara positif kerana pihak berkuasa bukannya memberikan kebenaran kepada Che Nah seorang.
“Saya dah bagi arahan kepada bandaraya, kita hendak menggalakkan. Malah sedikit lagi saya akan buat pengumuman berapa tempat yang kita telah kenal pasti yang boleh berniaga termasuk dalam supermarket sepertimana yang saya kata, iaitu tiga lot dalam Berjaya Times Square yang kita hendak buka malah lebih.
“Ianya termasuk yang berniaga di bawah jejantas, lebih daripada 103 lot dan pihaknya juga turut sedang berunding dengan beberapa syarikat francais untuk membuka kiosk makanan.
Menurutnya, beliau menegaskan akan menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih YB menteri kerana bekerja keras dan berusaha membantu rakyat.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply