Kira-kira 3,903 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan dimana ia melibatkan seramai 19,615 anggota.
Hasilnya sebanyak 76,348 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengenakan 138 sekatan jalan raya (SJR) rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 267,373 kenderaan.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada pemeriksaan berkenaan, sejumlah 93 buah kenderaan telah diarah berpatah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.
Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Pahang (38), Melaka (27) dan Selangor (24).
Kelmarin, PDRM menahan 56 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB dan 46 daripadanya direman manakala 10 lagi individu dijamin polis.
PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 88 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.
Walaubagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (3 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
– 76,348 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) June 3, 2020
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply