Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah (MKN Sabah) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menyelaras tanggungjawab dengan bantuan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga pelbagai agensi-agensi yang lain untuk mengusir pendatang tanpa izin (PATI) ke negara asal.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2472539192848972&id=1452870318149203&sfnsn=mo
“Hari ini (3 Jun 2020), seramai 240 orang PATI warganegara Indonesia telah diusir manakala seramai 82 orang lagi akan diusir pada 5 Jun 2020.
“Ini merupakan pengusiran siri ke-15 dan ke-16 melalui laut pada tahun 2020 dan melibatkan PATI Filipina dan juga Indonesia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI sepanjang tahun ini adalah seramai 3,753 orang.

“Jumlah ini adalah melibatkan PATI warganegara India, China Pakistan dan Vietnam yang telah diusir melalui udara yang diuruskan oleh JIM Sabah” ujarnya.
jumlah keseluruhan pengusiran sejak tahun 1990 sehingga kini pula adalah seramai 594,920 orang.
Selari dengan situasi semasa dan keputusan kerajaan, semua tahanan akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung.
Ini juga adalah selari dengan protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara dan tindakan penguatkuasaan terhadap PATI tetap diteruskan walaupun negara dilanda wabak COVID-19.
Majlis Keselamatan Negara turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat termasuklah pihak kerajaan Indonesia yang banyak memberi kerjasama dalam membantu menjayakan proses pengusiran PATI tersebut.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply