SOP aktiviti ibadah dan sektor perniagaan akan dibentangkan di mesyuarat khas pada 6 Jun depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP terbabit termasuk operasi aktiviti keagamaan melibatkan masjid bagi solat berjemaah dan sebagainya.
“Menteri Hal Ehwal Agama akan membentangkan SOP berkenaan didalam mesyuarat khas pada Sabtu ini kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Selain itu, saya dimaklumkan SOP perkhidmatan kedai gunting rambut dan salon kecantikan juga telah siap dan akan dibentangkan, begitu juga SOP pasar malam,” ujar beliau pada sidang media hari ini.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply