Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tampil menyatakan pendapat dan komen berkenaan kemelut politik terbaharu negara.
“Apa pun rakaman atau versi pemberitaan apa yg berlaku dlm PPBM dan PH Feb lalu atau sebelumnya TIDAK MENJADI MASAALAH KPD UMNO BN DAN MN.Itu hal ehwal dalaman parti tersebut,” kongsi beliau.
Apa pun rakaman atau versi pemberitaan apa yg berlaku dlm ppbm dan PH Feb lalu atau sebelumnya TIDAK MENJADI MASAALAH KPD UMNO BN DAN MN.Itu halehwal dalaman parti tersebut.Kita akan terus sokong kepimpinan PM Dan tumpu kepada agenda membela rakyat.Cukuplah berpolitik memanjang! pic.twitter.com/CwqtGS6WJL
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) May 31, 2020
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata UMNO bersama gabungan Perikatan Nasional akan terus menyokong pucuk pimpinan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tumpuan kini adalah membela nasib rakyat.
Beliau turut menegaskan agar pihak yang berkaitan agar tidak memanjangkan serta menghentikan segala permainan politik yang sering dibangkitkan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply