Kerajaan masih lagi dalam perbincangan mengenai kelonggaran untuk diberikan kepada golongan bujang merentas negeri pulang ke kampung.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kerajaan telah berbincang perkara berkenaan setiap minggu dan setiap hari di mesyuarat khas menteri-menteri.
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (31 Mei 2020)
1. Hari Gawai 2020
– Selamat Hari Gawai kepada warga Sarawak yang akan disambut esok (1 Jun 2020)– Sambutan hanya dibenarkan untuk hari pertama sahaja dgn kapasiti 20 ahli keluarga & jiran terdekat
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) May 31, 2020
Beliau turut meminta jasa baik individu bujang memberi sedikit masa untuk berbincang tarikh dan bila individu bujang boleh memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman bertemu dengan ibu bapa dan keluarga.
Tambah beliau lagi, pihak berkuasa tidak akan ‘menutup pintu’ buat selamanya untuk individu bujang dan akan membuka peluang kelak.
“Yang diperlukan sekarang hanya masa untuk berbincang,” ujar beliau
Nampaknya individu bujang macam sudah ada sinar harapan sahaja untuk pulang ke kampung, sabar ya!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply