Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATingkat imuniti badan dengan pemakanan yang sihat

Tingkat imuniti badan dengan pemakanan yang sihat

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi diri daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan koronavirus 19 atau COVID-19.

Keberkesanan sistem imuniti badan yang berfungsi melindungi kita dari dijangkiti penyakit akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai ‘benteng pertahanan automatik’ dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia, pemakanan yang sihat dapat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi ‘menggerakkan’ sistem pertahanan.

Sebenarnya, bukan sukar untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan mencukupi dalam sajian harian.

Sebagai contoh, amalan pengambilan buah-buahan dapat membekalkan khasiat seperti vitamin C, fiber dan mineral lain.

Sempena perayaan Aidilfitri, pastikan anda sekeluarga tetap konsisten dalam pengambilan buah-buahan demi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri dan bertindaklah dari sekarang.

Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah limau, mandarin, lemon, betik, kiwi dan jambu batu. Mudah didapati dan harga pun tidak mahal.

Manakah pilihan anda?

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 24 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments