Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABeraya di rumah, orang ramai kongsi gambar melaram cantik di laman media...

Beraya di rumah, orang ramai kongsi gambar melaram cantik di laman media sosial

Hari ini merupakan hari pertama perayaan Aidilfitri disambut malah tahun ini kita semua perlu mengamalkan norma baharu dan perlu melupakan kelaziman serta tradisi ziarah menziarahi bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Aktiviti kunjung mengunjungi sanak saudara dan juga sahabat handai juga tidak dapat dipraktikkan demi mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan.

Namun anda semua masih boleh meraikan satu Syawal bersama ahli keluarga di rumah.

Kita semua masih boleh bersiap dan melaram cantik meskipun berada di rumah dan jangan lupa, kongsikanlah gambar-gambar menarik anda bersama rakan-rakan dan ahli keluarga di laman media media sosial masing-masing.

Meskipun tidak dapat bertentang mata dengan insan tersayang di hari lebaran, dapat lihat gambar atau membuat panggilan video (video call) pun tidak mengapa.

Kami di The Malaya Post mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments