Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah memaklumkan bahawa kebenaran untuk menikmati juadah di premis-premis atau dine-in telah pun berkuatkuasa serta merta.
Menurut beliau, pihak kerajaan negeri telah menyerahkan keputusan berkenaan kepada pengusaha premis memutuskan sendiri sama ada mahu membenarkan pelanggan makan di premis atau sebaliknya.
Ini memandangkan syarat Standard Operation Procedures (SOP) yang dikeluarkan tersedia tegas dengan mengambil kira penjarakkan sosial, bilangan pelanggan yang terhad untuk setiap meja, mencatat maklumat pelanggan dan pelbagai SOP lain sebelum kerajaan negeri membuat keputusan terbabit.
Jadi, tepuk dada tanya selera. Jaga SOP kawalan kendiri dan kita jaga kita.
Jangan pula nanti timbul kluster kedai makan pula ya!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply