Kerja-kerja pembinaan dibenarkan tetapi SOP yang dikeluarkan oleh CIDB amat ketat sekali dan perlu dipatuhi.
CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan melaporkan sebanyak 191 tapak binaan telah diperiksa kelmarin.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil pemeriksaan yang telah dilakukan mendapati 28 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan namun masih terdapat lapan tapak binaan yang tidak mematuhi SOP.
Jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa adalah sebanyak 155 tapak binaan mula tidak beroperasi kelmarin.
Manakala 3,735 lagi pemeriksaan dilakukan dan 344 dari jumlah berkenaan direkodkan patuh SOP, 122 tapak binaan ingkar SOP dan telah diberikan amaran.
Terdapat juga empat tapak pembinaan yang telah diarahkan tutup di atas kesalahan melanggar SOP dan 3,265 tapak binaan masih belum beroperasi.
Menurut beliau, antara syarat utama tapak pembinaan dibenarkan beroperasi adalah dengan memastikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan berada di tapak pembinaan.
Malah ada juga beberapa persoalan mengenai kebenaran mengubah suai atau pembaikan mengenai bangunan-bangunan berstrata atau bertingkat, seperti kondominium, flat, apartment dan sebagainya.
“Banyak kekeliruan, dimana kawasan seperti itu tidak membenarkan pengubahsuaian. Sedangkan kita memutuskan, boleh lakukan pengubahsuaian tersebut.
“Saya ingin tekankan disini bahawa kepada pengurusan bangunan ini mereka perlu memberi kebenaran kepada kontraktor untuk pengubahsuaian atau membaik pulih kerosakan yang berlaku di unit bangunan terbabit.
“Saya dengar ada juga yang tidak dibenarkan masuk. Sebenarnya dibenarkan. Tetapi kontraktor mesti lah mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan sama ada oleh CIDB, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau pun pihak berkuasa tempatan”, tegas beliau.
Tambah beliau lagi, para kontraktor boleh menyemak SOP dan soalan lazim sektor pembinaan di laman web Kementerian Kerja Raya, MKN atau pihak berkuasa tempatan.
#StayHomeStaySafe
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply