Mulai esok semua perkhidmatan awam akan mula bertugas termasuklah sektor swasta.
Justeru bagi memudahkan perjalanan warga kerja ke tempat kerja masing-masing, kerajaan telah memberi kebenaran kepada semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam untuk beroperasi mulai esok.
Sehubungan itu, pengguna dan pengendali pengangkutan awam dikehendaki sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan termasuklah penjarakkan sosial di dalam kenderaan awam dan kebersihan diri.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata amalan penjarakkan sosial ini juga perlu dipraktikkan di tempat-tempat menunggu seperti di kawasan bas, MRT, LRT dan sebagainya.
Selain itu, beliau berkata jumlah penumpang perlu dihadkan separuh daripada kapasiti sebenar kenderaan awam bagi memastikan penjarakkan sosial dilaksanakan.
“Sebagai contoh jika bas boleh muat sehingga 40 penumpang maka ia perlu dikurangkan separuh jumlah penumpang iaitu hanya 20 orang sahaja sepanjang PKP ini.
“Bagi kenderaan persendirian pula kerajaan membenarkan dua orang penumpang dengan syarat kedua-duanya dari ahli keluarga dan rumah yang sama,” kata beliau dalam sidang media petang tadi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply