Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAGaris panduan baharu perkhidmatan pengangkutan awam berkuatkuasa 4 Mei

Garis panduan baharu perkhidmatan pengangkutan awam berkuatkuasa 4 Mei

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengeluarkan garis panduan baharu untuk perkhidmatan pengangkutan awam tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pengangkutan, Dato Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, sebagaimana keputusan kerajaan untuk membuka semula ekonomi negara secara berperingkat, beberapa panduan berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam akan mula dikuatkuasakan mulai 4 Mei 2020 (Isnin), bertujuan memudahkan perjalanan orang ramai ke tempat kerja dan membolehkan syarikat-syarikat berkaitan beroperasi dengan baik.

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIATAJUK: PERUBAHAN GARIS PANDUAN UNTUK PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Jumat, 01 Mei 2020

“Mulai 4 Mei 2020, semua perkhidmatan pengangkutan awam akan kembali beroperasi seperti sediakala sebagaimana waktu operasi sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Walaubagaimanapun, Kementerian Pengangkutan ingin mengingatkan kepada semua penumpang dan kakitangan dalam perkhidmatan pengangkutan awam supaya sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berikutan PKP masih lagi dikuatkuasakan dan belum ditamatkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (1 Mei), lebih ramai pengguna pengangkutan awam akan berada di stesen-stesen dan perhentian atau terminal,” ujar beliau.

Menurutnya, pengendali pengangkutan awam telah diarahkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dengan sewajarnya seperti memastikan penjarakkan selamat diamalkan, cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer mudah diperolehi dan kerap menjalankan sanitasi di tandas awam, tempat duduk dan tempat-tempat yang sentiasa disentuh oleh orang ramai,” katanya.

Pengguna pengangkutan awam juga diingatkan supaya mematuhi semua garis panduan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter selagi mana ia boleh dilaksanakan.

Tambah beliau, kaedah tanpa sentuhan ketika berurus niaga jika boleh dan dalam masa sama perlu dipraktikkan, pengguna juga diminta supaya mematuhi peraturan-peraturan tambahan yang ditetapkan oleh pengendali pengangkutan awam sekiranya ada.

“Penumpang dan kakitangan pengangkutan awam juga digalakkan untuk memakai topeng muka serta ‘hand sanitizer’ sebelum dan selepas menggunakan pengangkutan awam.

“Sesiapa yang mempunyai suhu badan yang tinggi dinasihati tidak menggunakan pengangkutan awam dan segera menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan terdekat,” tambahnya.

Kementerian dan agensi-agensi di bawah akan terus meningkatkan pemeriksaan kesihatan di stesen-stesen pengangkutan awam secara berkala.

Garis panduan kesihatan seperti yang dinyatakan juga boleh digunapakai oleh para pekerja di bahagian logistik, operasi sektor darat digalakkan menggunakan mod pengangkutan kargo melalui rel dan bukannya pengangkutan jalan raya seperti pemindahan antara terminal selagi boleh.

Manakala kenderaan-kenderaan seperti lori perlu disanitasi dengan kerap dan para pemandu juga perlu sentiasa mengamalkan penjarakan selamat ketika berada di tempat kerja.

Setakat ini operasi untuk kapal persiaran adalah tidak dibenarkan.

Beliau turut mengingatkan bahawa pandemik COVID-19 masih lagi menimbulkan risiko terhadap kesihatan orang ramai dan pihak kementerian akan terus memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pengguna pengangkutan awam di seluruh negara sentiasa diutamakan.

“Orang ramai dinasihatkan hanya keluar rumah sekiranya perlu sahaja sama ada untuk pergi ke tempat kerja atau pun bagi mendapatkan barangan keperluan penting,” ujarnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments