Sejumlah 243 berita palsu dinafikan oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sejak 24 Mac lalu.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), PRP ditubuhkan untuk membendung penyebaran berita palsu berhubung dengan COVID-19.
243 PENAFIAN BERITA PALSU DILAKUKAN PASUKAN RESPONS PANTAS (PRP) KKMM SEJAK 24 MAC 2020Orang ramai boleh menyemak…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 29 April 2020
Semenjak mula beroperasi Mac lalu, setakat ini 243 penafian berita palsu dibuat oleh Pasukan Respons Pantas (PRP).
Orang ramai diingatkan dan disarankan supaya menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari laman sesawang : www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan sebarang berita yang diterima.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply