Adakah berkumur secara ‘gargle’ dengan menggunakan ubat kumur boleh membatalkan puasa?
Secara spesifiknya, berkumur menggunakan sebarang ubat kumur adalah tidak membatalkan puasa kerana ia tidak sampai kepada had batin bagi rongga mulut.
Kaedah berkumur secara gargling (sehingga air hampir ke tekak) hanya melibatkan sekitar had zahir namun ianya tidak digalakkan di bulan puasa jika tiada keperluan.
Ini kerana sekiranya berkumur secara berlebihan dan air didalam mulut termasuk ke dalam rongga ia boleh membatalkan puasa.
Namun jika tidak berlebihan tetapi air memasuki rongga tidak terbatal ibadah puasa.
Sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam mulut selepas berkumur ia tidak akan membatalkan puasa dan tidak perlu mengeringkannya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1136080403417269&id=300328966992421
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

[…] Photo by The Malaya Post […]